Showing posts with label laukpaukyaya. Show all posts
Showing posts with label laukpaukyaya. Show all posts

Tuesday, 8 December 2015

RESEPI : Tau Miu stir fry

Salam & Holla LIFE.

Jom la update resepi
Sementara tunggu rescue
Nak tukar kasut cik biru.

Ni last week punya cerita
Skg PC kat ofis dh xde internet
So harusssssslah ak jarang update
Lagi2 resepi. Sbb tru fom tercanggih
Gambar x boleh ejas. Dok bwh nunnnn.
Ke ak xreti? Mihmihmihmih.
Harussssss jgk lama ak tak BW
So rindu aktiviti tu.

Ok2. Nak bg resepi.
Tau ke tau miu tu ape?
Spesis taugeh kot. Tapi hijau
Tapi sedap. Haha

Bahan2:
100g tau miu (direndam dgn garam)
7ekor udang (buang kulit)
2ulas bawang putih
2sb bawang blender
2sb sos tiram
1kiub pati udang (homemade)

Cara2:
1. Tumis bawang putih n cili blender
2. Masuk kan semua bahan.
3. Last masukkan tau miu. Sekejap je tau
4. tutup api. Siap.

Aku buat berkuah.
Sbb bangsa umah ni mkn berkuah
Try la korang.
Till we meet again.

Love...XoXo

Thursday, 19 November 2015

RESEPI : Stew Ayam

Salam & Holla LIFE
Ni resepi ala2 stew taw
Cuma kurang pekat
Sbb aku x letak tepung gandum
And kayu manis lada hitam semua x letak
Sebab pou2 ni bila pelik2 die x mkn.
So aku buat ala2 sup.

Kalau x, silap2 aku kena buat lauk lain.
Resepi ni aku parking sini
Untuk mudahkan aku rujuk nanti
Jgn ade yg kecam hakak pulak
"ni bkn stew" "stew rasa x mcm ni" or else

Semua resepi dlm blog ni utk rujukan ak
And hasil masakan mengikut selera sendiri

Bahan2:
1/2ekor ayam
3inci halia (potong mancis)
1biji tomato (potong 4)
2biji ubi kentang (potong dadu)
8ketul meatballs (aku suka brand Tesco)
1biji bawang besar (dimayang)
2ketul kiub ayam (aku suka Knorr)
2sb kicap (aku pakai kicap manis cap kipas udang)

Cara2:
1. Bawang, halia, ubi kentang, sup bunjut dibiar mendidih
2. Masukkan ayam dan kiub ayam
3. Masukkan tomato dan kicap
4. Renihkan. Setelah ayam masak, masukkan meatballs.
5. Biar seketika. Perasakan.

*pastikan periuk ditutup semasa merenih

meatball cap TESCO ye
ramai pulak yg ingat homemade
"stew"kan dlm periuk tanah


nak cuba boleh cuba ok

till we meet again
Love..XoXo

Monday, 16 November 2015

RESEPI : Sambal Ayam Versi Kering

Salam & Holla LIFE
Ni n3 panas dari dapur
Bila x taw nak masak ape
Or pou2 x btaw nak makan ape
Lauk sambal2 ni lah jd pilihan
Kenapa? Lauk selamat.

Erk....aku sebenarnya x gemar sesambal ni
Tapi demi menyelamatkan tenaga aku relakan.
Jom tgk resepi. Kali ni versi kering.

Bahan2:
1/4 ekor ayam
2st serbuk kunyit
2sb bawang blender
4sb cili blender
1biji bawang (potong bulat)


Cara2:
1. Lumurkan ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Guna lebih kurang 6sb sahaja minyak gorengan ayam tadi.
4. Tumis bawang blender smpi naik bau
5. Kemudian tumis cili hingga garing.
6. Masukkan ayam yg tlh digoreng tadi bersama bawang yg dpotong bulat
7. Perasakan
8. Sedia dihidang bersama nasi panas


Simple kan. Resepi yaya semua yg mudah2
Utk kwn2 x brapa mahir mcm aku.
Yg terror2 x pyh tgk. Hihi

K till we meet again.
Love...XoXo

Tuesday, 10 November 2015

RESEPI : Gulai Ikan Tongkol

Salam & Holla LIFE

Kelmarin aku repeat masak singgang ikan tongkol
pastu x berluak...ikan berenang2 smpi masuk tong sampah
sentap makkkk nokkkkk aku masak org x makan
ohhh...baru taw si pou2 x makan ikan tongkol buat singgang
pastu die cakap kalau masak serdak2 mcm mak die masak
menu tu die makan....ehhhhhh. masakan mak die mmg le
mana la aku dpt lawan...sobs sobs sobs..haha

Semalam gigih ak google
dapat la resepi gulai ikan tongkol style kelantan
dari blog Kak Azie , pastu screenshot wasap kat Pou2
then die cakap yeee....macam ni
so menggigih ak p kedai belakang ofis ni
beli barang2 nak masak. ikan tongkol ade 2 potong lagi
beli seekor je haritu. boleh masak 2x

Tapi tapi kannnnnnnnn....
aku ni derhaka resepi. x buh serbuk ketumbar
so pada aku, rasa ala2 masak lemak je.
Tapi........ pou2 siap jenguk aku kat bilik
cakap "sedap.....macam ni i makan"
aku kan mudah terhibur....kena puji
terus bangun buat air..muahahahahaha!

gulai ikan tongkol
version anty yaya
Resepi ni aku olah ikut skill memasak sendiri
Panduan bahan (almost) dan cara masak aku tgk kak azie
TQ kak azie. bantu saya yang x taw masak ni.

Bahan2:
2 keping ikan tongkol
2 batang serai (diketuk)
200g pati santan
1 helai daun pandan (dicarik)
1sb bawang blender*
2sb cili blender*
2" halia (blender)*
3cm kunyit hidup (blender)*
2" lengkuas (blender)*
3 keping asam keping

Cara2:
1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping
2. Masak santan dan bahan * sampai mendidih
3. masukkan serai, daun kunyit, asam keping dan ikan yg telah di rebus
4. Perasakan

Boleh lah try. makan nasi panas2 + kicap
makan sampai pejam2 mata.
Till we meet again...
Love...XoXo

Saturday, 31 October 2015

RESEPI : Gulai Tempoyak Ikan Keli

Salam & Holla LIFE

Live ni.
Baru pas masak.
Kira late dinner.
Aku dah makan sblm balik ofis tadi.
Tu lambat baru lapar.
Pou2 die tahap kenyang.
Pgi tadi p psr borong
1st time p area sayur
Blkg area sayur ade bhg ayam
Then 1stall yg jual ayam tu
Ade jual keli.
Beliak2 biji mata pou2
Keli kan favvy die
Tapi x makan keli aquarium
Phewwwwwwww.
Aku? Suka jgk keli
Xkisah akuarium ke x.hihi
Pg tadi niat ak nk masak
Bwk bekal o ofis
Utk ofismate skali
And utk pou2
Tapi xsempat.lagipun.
Dapur yaya kehabisan garam n Maggie cukup rasa.
Si postpone malam.
Sempat la ak beli serai.
Jom la tgk resepi.
Melalut plak kan.
Bahan2:
3ekor ikan
2batang serai (diketuk)
6biji cili api (tumbuk kasar)
1biji cili merah (tumbuk kasar)
1sb bawang blender
5sb tempoyak
1sk.serbuk kunyit


Cara2:
1. Didihkan semua bahan kecuali ikan 
2. Bila mendidih perasakan dan masukkan serbuk kunyit
3. Masukkan ikan.
4. Tunggu sehingga ikan masak
5. Siap

Tu je nak share.
Till we meet again
Love...XoXo

Wednesday, 28 October 2015

RESEPI : Sambal Sotong

Salam & Holla LIFE.

Parking resepi sini.
Maklumle bukan pandai masak.
Selalu terlupa resepi.
Pastu sesuka sesuki pandai memandai2.
Pastu rasa lain.
Bila org umah complaint.
Deny kan. Dasarrrrrrr.
Muahahaha.

Bahan2:
1sb bawang blender
1sb cili mesin
Sotong
1sb gula


Cara2:
*sebelum masak sambal, didihkan air dlm kuali. Rebus sotong dalam 3minit.tos kan.

1. Tumis bawang blender sampai naik bau
2. Masuk cili mesin. Masak sampai garing
3. Masukkan sotong yg telah di tos
4. Tambah air rebusan sotong
5. Perasakan dan tambah gula
6. Siap!


Sunday, 18 October 2015

RESEPI : Singgang Ikan Tongkol

Salam & Holla LIFE

Jgn kecam aku ye
Singgang pon nak share
Untuk simpanan masa depan.
Aku kan byk mkn semut.
Nanti ak lupe acaner?
Mihmihmihmih.

Bahan2:
4 potong ikan tongkol
1biji bawang besar dimayang*
3inci halia dihiris mancis*
3batang serai diketuk*

Tomato
6batang Cili api diketuk 

Cara2:
1. Rebus bhn bertanda * dgn 4cwn air
2. Masukkan ikan tongkol dan tomato
3. Perasakan
4. Tutup api setelah ikan masak


Simple kan.
Tapi mabeles baq ang.
Bertambah2 nasi.
Try la.
K. Till we meet again
Love......XoXo

Wednesday, 14 October 2015

RESEPI : Ikan Tongkol Masak Black Paper

Salam & Holla LIFE
Harini.cuti awal muharram
So, ade kesempatan masak lunch.
Nak menghabiskan stok ikan tongkol
Jom lah kita buat resepi ni
Ringkas. Sedap. Kenyang.

Bahan2 :
2 ekor ikan tongkol
Garam 
Kunyit
Bawang besar dimayang
Hali 
Bawang putih
1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)


Cara2 :
1. Goreng ikan hingga garing. Angkat
2. Masuk bawang besar, halia dan bawang putih
3. Masukkan ikan yg dgoreng tadi dan lada hitam.
4. Gaul rata 
5. Sedia utk di hidang.


Makan ngan nasi panas2 mmg sdp
Campur kicap.
Ohhhh lupa, klu nk pedas tambah hirisan cili api.
Aku td lupa. Hihi.
Selamat mencuba ye.
Till we meet again.
Love...
XoXo

Sunday, 4 October 2015

RESEPI : Sambal Udang

Salam & Holla LIFE.

Dedulu kan......
Aku mmg x reti langsung masak sambal
Sebab utama, sbnry dulu ak mcm x in dgn menu sambal2 ni.
Time flies.ak pon berubah. Ha ha
Tapi kan, ikut kajian aku
Sambal akn jadi sedap
Bila kita guna bawang blender.
Kalau x x menjadi sgt.
Aku la tapi.....korang xpert pki ape pon jadi kan
Ye ke tidak? Haha.
Maksud ak utk dpt sambal yg sedap
Plus texture yg cantik.
And ak xsuka sambal oily2 ni.
X reti makan. Betul ni. X tipu.
Wpun akak gems, tp I x suka ye oily2

Bahan2 :
500g udang segar
4sb bawang blender
2sb cili blender
1 biji bawang besar (potong bulat)
Minyak masak
Perasa


Cara2 :
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang blender. Sampai naik bau
3. Masukkan cili blender. Kacau sehingga cili masak/garing
4. Masukkan udang dan bawang besar. Masak dalam 5 minit atau udang masak penuh.
5. Perasakan
6. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.


Aku masak jarang sangatttt guna garam
Aku pki maggi cukup rasa.
K...cube lah.
Till we meet again.
Love...XoXo....

sambal udang
merah je. tp x pedas.

Saturday, 3 October 2015

RESEPI : Siakap Masak Stim

Salam & Holla LIFE

Ni nak parking 1 lagi resepi
2 x dah buat siakap stim ni
1st dulu buat kering
So 2nd time ni kita add on air sikit

Sebelum kukus
Bahan2 :
1 ekor ikan siakap (sederhana)
1 biji lemon (diperah jus)
3 batang serai (diketuk)
1/2 batang lobak merah
1/2 biji capsicum
Halia 1" (dipotong mancis)
Daun limau purut
daun sup 
1 biji tomata (belah 6)
Perasa
Garam

Cara2 :
1. Panaskan pengukus 
2. Campur rata semua bahan diatas. Tambah air jika perlu
3. Perasakan.
4. Kukus lebih kurang 15 minit atau sehingga masak
5. Sedia untuk dihidangkan.

Tadaaa...dah siap
Mydin haritu buat siakap jual kira ekor
dalam RM6.90 kot
tu mula beli sekor
masak stim yg 1st time tu
pastu beli 2 ekor plak
1 masak stim yang 2nd ni
ade lagi sekor kat umah.
nak buat 3 rasa.
nk google dulu resepi jap g.
balik ni boleh buat kan.

*** ade kawan buat letak asamboi. rendam dulu. air asam boi tu buat kuah. tapi 2 x buat ni asamboi asyik la lupa nak beli. mak redha je lah dgn kemalasan sendiri kannnnn...

Till we meet again.
Love...XoXo

RESEPI : ASAM PEDAS AYAM

Salam & Holla LIFE

banyak kali dah ak buat menu ni
Resepi asal asal ak ambik dr blog KAK FILLA
1st buat tu mmg ak ikut step by step mcm resepi
n hasilnya mmg superb
sedap aummmm aummmm. haha
ni bukan dramatik taw. serius sedap!

tapi aku ni kan suka derhaka.
kali ke2 tu dah blagak pro
tgk x tgk je step
bahan pon agak2.
aku kan "perasan pandai masak"
muahahahha....

aku penah share pasal ni
tapi x detail la
dalam entry ni KLIK SINI

mmg x mengecewakan
Sumber Resepi : BLOG KAK PILLA
Sumber Gambar : Koleksi Peribadi



tapi kan kali ke 2 3 seterusnya
aku buat dah x kick
still sedap la *petir*
tu la macam tips papa zola
"JANGAN PANDAI MEMANDAI MANDAI"
Semalam aku buat lagi.
Masih ade yg kureng.
Nak follow step by step
Hp plak batery out
tapi macam sama dah.
ehhhhhh. ke lain


batery nyawa2 ikan
gambar pon gelap.


sebenarnye nak parking sini
sbb resepi ni mmg maveles
tak rugu cuba taw
advisable ikut step kak pilla
yg mcm ak screenshot tu

Selamat mencuba.
Till we meet again..Daaaa.
Love...XoXo

Wednesday, 23 September 2015

RESEPI : Sup Sayur Campur Fucuk Goreng

Salam & Holla LIFE

Ni nak park 1 lagi resepi
Jgn nak jaki sgt
aku Pannnng karang
Ni mkn panas2 sedap.
Musim x sihat ritu
tu aku buat ni
makan gitu je pon dah sedap
makan ngan nasi lagi sedap!

rupa x cantik.
tapi sedap baq angggg
puji sendiri. kesah pulak?
Bahan2
Bawang besar (mayang kasar)
Kobis bunga
kacang peas
Tomato (belah 6)
carrot
Ubi kentang (belah 6)
Fucuk goreng
Kiub ayam
Sup bunjut
Daun sup

Cara2:
1) bawang, Carrot, ubi kentang, sup bunjut, kiub ayam dan tomato (4 belah)didihkan dgn air
2) ubi dan carrot dh lembut masukkan kobis bunga kacang peas dan tomato (lg 2 belah)
3) didihkan seketika. Tutup api
4) Masukkan fucuk goreng dan daun sup.
5) Sedia untuk dihidangkan.

aku mmg x pandai masak
tapi sebabkan aku n pou2 suka makan ulang2
jadi lbh jimat la masak
sambil tu boleh ak jampi2 sikit
bagi die diam setempat
muahahahhaha.
ikat perut die
fuuhhhhh fuhhhhhh fuhhhhhh ak jampi

tapikan....bila ak ikhlas masak insyaallah sedap
kalau mood spoil mmg x sedap
walaupun menu bodoh2
walaupun lauk yg berjuta kali dah ak masak sedap
mood memberi effect pada masakan aku
korang acanerrrrr?
opsss...engkorang kekaya, makan lua.
kan kan kannnnnnn

k la, 
Till we meet again
Love...XoXo

RESEPI : Masak Lemak Udang labu

Salam & Holla LIFE

ececehhhhh
kang ade la tu yg nk ngumpat aku
resepi bodoh2 pon nak parking sini
hahahaha....korang mmg taw
dah sah la ak xde follower
sah2 la ak mmg parking utk aku
sementelah ak byk mkn semut lately ni
kang lupa acanerrrrr?
haaaaa.....yg x suke tu x pyh le tgk
keji sgt taw korang ni...haha!

menu biasa, utk org biasa biasa


Park sini. senang

Bahan2:
1 biji bawang besar (blender)
Serai (ketuk)
100g labu kuming
200g udang segar
2sb cili mesin
Santan
2 helai daun kunyit (carik kasar/ simpul)

Cara2:
1) Didihkan air dlm periuk masukkan bawang serai labu kuning dan daun kunyit
2) setelah labu agak lembut masukkan santan dan cili mesin
3) kacau sentiasa kemudian masukkan udang
4) Perasakan. lbh kurang 3 minit padam api
5) Siap dan boleh dihidangkan

Selamat menjamu selera.
yummylicious.
Sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji.

Till we meet again.
Love...XoXo